nota dari sekeping hati.

assalamualaikum.

kadang-kadang, aku terfikir; berapa lama harus hidup begini?

well. i’m not really living a luxurious life, hell no. hidup sekadar ala kadar. sederhana. ada tetap ada. bukan aku lupa segala pengorbanan seorang bapa mencari rezeki untuk menyekolahkan, membesarkan dan menyiapkan aku sampai habis tamat pengajian di universiti. tak, tak pernah aku lupa. dari sekecil barang yang diperlukan, handphone, laptop. aku sentiasa ingat itu. hatta jam tangan, segala hadiah dan pemberian. aku anak yang pengingat. aku manusia yang pengingat.

justeru, tak mudah aku lupa keadaan hidup dari kecil yang membawa aku sampai ke tahap ini.

cuma sekarang. entah. dua tiga tahun ini hidup dihambat satu beban. aku ibarat masalah. aku, beban. aku, menyusahkan. entah kenapa. setiap sen yang aku belanjakan aku tak mintak dari siapa-siapa. (semua orang ingat aku kerja cop duit, maka aku “harus ada duit” setiap masa. minta saja apa-apa, nanti aku dapatkan.) begitulah. tapi bila aku tak punya apa, bila aku hanya menumpang; ya. aku lah batu beban besar itu.

ya, aku.

terasa sesuatu di dalam hati. mengapa hidup menjadi semakin sedih dan semakin mengecewakan? sob sob. padahal orang sekeliling semakin berjaya dan berjaya. kerdil nya aku.

sekarang apa saja yang aku lakukan, ditohmah, diperlekeh dan dipandang sepi.

beli ikan. tak beli di tamu atau pasar ikan. hanya di pasar runcit. “ikan aku beli fresh. sik macam ikan beli kau ya.” jadi? aku tak beli lauk, salah. aku belikan lauk, pun salah lagi. -_-”

bil astro tertunggak. aku perlu langsaikan servis kereta yang tiba-tiba mendatang tanpa sedar kilometer telah jauh tersasar. belum lagi bulan sebelumnya menanggung belanja dua orang setelah renew insurance kereta dan dek kerana gaji yang diterima terlebih awal gara-gara Tahun Baru Cina. sungguh, duit ada bukan tak ada tapi diguna cukup-cukup untuk setakat tahun ini sehingga bulan ini. langsung aku diceramah tidak pandai memberi duit untuk sama-sama menanggung isi rumah. aneh. aku juga yang memenuhkan bakul belanja membeli barang rumah setiap bulan dua kali. tak pernah aku mengungkit. “ini belanja ku sekian ratus untuk bulan ini, ya.” jadi, aku kah itu yang dimaksudkan membebankan dan hanya tahu berfoya-foya sedangkan waktu sekarang pun dalam dompet cuma tinggal belasan ringgit setelah ku belikan “ikan yang tidak segar” itu? demi untuk memberi belanja. aku tinggalkan seringgit demi seringgit untuk keperluan sendiri untuk minggu depan. tiada terima kasih, tak mengapa. aku faham orang lain pun belikan keperluan rumah. cukup lah hargai pengorbanan ini. perlukah hati aku diperkecil semudah nya hanya kerana itu.

sedih. aku berbadan dua. tak ada pun yang bertanya “hows the baby today? dah makan ubat? susu minum tak? jangan lupa makan, isi perut.” no. no one.

sedih. hiba lagi.

masih aku kenang tiga tahun aku merantau menimba ilmu, dua kali sahaja keluarga datang ke tempat aku. waktu pertama kali ketika hantar belajar. kemudian waktu konvo. itu sahaja. tiket mahal. susah cuti. aku faham. aku pindah kolej. tiada siapa datang tolong angkat beg yang sebesar aku. aku pindah rumah. pun sama. kawan-kawan lah yang sebati. aku sakit. gigih angkat diri sendiri naik bas ulang-alik ke klinik ambil darah. “kalau aku dapat ke sana memang aku datang untuk jaga waktu kau sakit begini.” hakikatnya, anak yang satu ini tak pernah lagi dibelai manja seperti itu. kalau yang lain, sudah seminggu dua datang berkampung. untung nasib. aku tak se’lucky’ itu mungkin. jimat sekali sehari makan RM5 sebab nak cukupkan duit sampai hujung bulan. ada satu semester tak balik cuti, aku cakap tak payah lah belikan tiket. aku stay. cari partime. kerja tambah duit. alhamdulillah. walaupun terpaksa berjalan berpanas terik naik ofis bertingkat. oh, kenangan. betapa aku hidup berdikari. muka tebal naik bas sana sini.

tak pernah lagi aku minta wang sampai beribu. beratus. ya, mungkin aku tak minta. ada duit aku hulur. kalau tiada aku diam. dan pernah aku katakan juga kenapa dan mengapa ada bulan tiada ku hulur. tapi masih jadi soal debat. aku penat.

sungguh aku penat.

bila kau berusaha, hati agak berbunga bulan ini terasa ringan sedikit. ampun, tunggu sedikit hari rupanya ada dendam yang masih tersisa. terus diceramah ini dan itu. lagi lagi pasal duit. lagi lagi pasal wang. ya. aku kerja cop duit dan tak hulur duit jadi aku akan dileter. mana pergi duit mu. mana pergi kaya mu.

Allah.

aku sendiri tidak berbelanja. cukup tinggalkan duit untuk makan minum duit minyak untuk sebulan. belum ada lebih. jadi masih pakai baju yang sama. seluar yang sama. tudung yang sama. kasut yang sama. walaupun sudah cukup masa minta ditukar. kerapkali aku tangguhkan. tunggu dulu. masih ada lagi yang perlu diutamakan. hakikatnya; aku tetap dicemuh walau apa aku lakukan. aku penat.

agaknya sampai bila harus terus begini.

aku dahulukan orang lain. tapi masih aku juga yang menahan rasa hati. aneh bukan.

ini betul seumpama lilin membakar diri menerangi orang lain.

tambah juga belakangan ini ramai sahaja sabahat dari zaman sekolah sudah mula memiliki rumah sendiri. alhamdulillah, cantik. rezeki mereka. but i envy them. i wish i could plan for the same. aku tertunggu waktu aku. sedang sekarang masih berperang melebihkan duit untuk semua orang; entah bila agaknya tercapai impian yang satu ini. sedih. komitmen sendiri membunuh impian sendiri. benar lah, milestone orang lain jangan samakan dengan diri kau. tapi, kadang-kadang kau akan terfikir juga. mana salah silap kau selama hidup hingga sampai sekarang masih di takat yang sama.

maka lepas ini lagi lah tinggi expectation. bayarkan itu ini. langsaikan itu ini. buat itu ini. ganti itu ini. ya, mungkin. mungkin juga aku harus hanya kumpul duit. kumpul saja. bila-bila masa akan diseru untuk membayar segala macam hal. dan aku sudah penat mendengar ceramah yang sama berulang kali. dan aku berulang kali menyebut hal yang sama.

begitulah. aku belum lagi pernah menjadi senang. pernah senang, senang dalam erti kata suatu ketika dahulu aku tidak dikelililingi masalah ini, berpanjangan. dulu aku masih boleh ketawa duduk senang di hujung minggu. boleh bawa keluarga, kawan-kawan belanja duduk semeja barang sekali dua sebulan. boleh senyum riang tanya khabar masing-masing. tidak seperti sekarang. mereput. jimat sehabis baik. sekarang tiap masa senggang tak putus buat monthly expenses untuk cari wang lebih buat belanja.

mungkin aku banyak bersalah. mungkin aku betul banyak menyusahkan. mungkin dalam aku menjadi semakin diam dewasa ini; apatah sejak umur menjengah angka 3 di depan; aku dilihat lemah dan tak mampu hidup sendiri. mungkin. padahal tak ada siapa pun tahu betapa sedang berusaha keras untuk menjalani kehidupan yang lebih senang untuk kemudian hari. aku kerja sambilan, turun naik jumpa student. entah. masakan itu tiada yang melihat. tapi mereka juga mencemuh.

entah. mana salah aku sebetulnya.

serious, aku sudah semakin penat.

aku mahu langkah kaki jauh-jauh. to be honest, aku sudah dalam fasa disowned whoever close to me. aku dan dunia sendiri. titik. tiada siapa yang aku gantungkan harap, kecuali Dia. tiada siapa dengar aku merintih menangis kecuali Dia. jadi aku putuskan, habis saja segala hutang; aku mahu buka lembaran hidup baru. i don’t care if i am 40 years old, 50 years old. aku mahu dapatkan hidup yang tenang setenangnya. aku mahu pergi ke tempat yang aku impikan dari dulu. aku mahu bersendirian. aku mahu habiskan sisa hidup tanpa banyak merasa sedih begini.

serius, semakin tua semakin terasa hidup ini terlalu sedih.

aku ingin riang seperti dulu. aku ingin bercakap tentang banyak benda seperti dulu. aku mahu lebih bahagia. aku mahu tenang. aku tak mahu bebankan siapa-siapa.

biarlah aku dan diri aku sahaja.

suatu hari nanti, jika aku berubah fikiran, aku harap my future self will read this again. get stronger again. lift up yourself. get up again. build the life you’ve always wanted. dont cry. stop crying. u’ve humbled enough. untuk ingatkan diri aku supaya jangan mudah menyerah. jangan mudah putus asa. untuk beri semangat kepada diri aku sendiri. u can get out of this!

semoga aku terus tabah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: